HalamanTAKAR


TAKAR-DIADAPTASIKAN DARI TABUNG KELUARGA ANAK-ANAK ROZIAH DAN DI ASASKAN OLEH ALLAHYARHAM HASSAN NORDIN

I made this widget at MyFlashFetish.com.

"KEHIDUPAN HAKIKI ADALAH SELEPAS MATI"

Tidak ada sesuatu makhluk pun di dunia ini yang mampu untuk melawan kehendak Penciptanya,dan tidak ada yang akan mampu menembusi 7 petala langit dan bumi.Maka yang demikian janganlah semasa hidup ini kita cuba melawan takdir tersebut.Gunakanlah kehidupan dunia dengan sepenuh kesyukuran terhadap Pencipta yang Maha Agung. Janganlah kita seakan mencuba untuk menongkat langit dan menggali bumi kerana semua itu adalah dari yang Hak..renungkan kalendar dan bertafakurlah barang sesaat cuma..

Modal Kecil,Bonus B'terusan&Lebih kepada Kemudahan

Modal Kecil,Bonus B'terusan&Lebih kepada Kemudahan
KLIK JE

Selasa, 22 Disember 2009

ALHAMDULILLAH TAHUN BARU ISLAM

Bersempena tahun baru islam 1431H yang lalu..kepeningan kepala memikirkan pasal kerja,masalah di perdaya oleh orang,dan mslh selingan yang lain yang amat memenatkan jiwa.Kiranya kalau xkuat mental pasti sakit jiwa..
1) masalah bermula ketika balik kampung bercuti,nk selesaikan kereta lama yang tersadai .. datang la 1 mamat ni..ingtkan melayu rupanya india..kereta lama aku jual dgn rm500,pastu aku sruh dia setlekan geran keta yg aku guna (sebb da tukar enjin) tolak duit dari jualan keta lama aku, pastu dia kata viva nk jual smbung byr rm 280 sebulan,bg kat owner rm 400 jer..trus aku jadi. pastu keesokan hari aku call dia,trus xdpt.Selang hari kehari aku call masih xdpt..Mmg aku dah kene "kencing" kata org utara.cuti aku lak da nk abis da..kelam kabut jdnya,trus aku wat repot n kemudian dgn bantuan dari adik ipar aku,pakngah dia,"adik-beradik".Aku dpt detect yg keta viva tu macha tu sewa dan aku trus cr owner viva tu,alhamdulillah aku dapat juga cr owner viva n kdai keta sewa tu.Berkebetulan plak kedai sewa tu milik "abang Daud".Dia pun tolong aku cr macha tu, aku cuma nk balik geran aku n duit aku.Hari ahad cuti aku nk abis,tp aku dpt smla geran aku pada hari ahad seblm aku blik ke PD dengan bantuan abg Daud.Ikut hati mau aku belasah macha tu tp dia xberani nak munculkan diri dia depan aku.adik dia jer hantar geran tu ke kedai abg Daud.Sampai hr ni macha tu utang aku rm100 lagi.Apa pun selesai 1 masalah aku. Dan aku kluarkan 1 viva lain..(PHY 9765)..Alhamdulillah syukur dgn rahmat Allah..

2) Selepas balik dr cuti,tempat aku nk menganjurkan hr kuarga 2 hr 1 mlm di tempat keje aku.
Aku di lantik sebagai AJK peralatan..Penat kpala otak aku bermula sehari dr majlis tersebut.. semua aku nk kene wat,dr persiapan peralatan sehingga la abis majlis pada hr ahad..tension aku xde sape yg tau.memang jiwa aku memberontak tp di sbbkan oleh keje dan niat demi kerja,maka aku sabarkan diri aku utk memenuhi tuntutan mereka yg suka menggunakan tenaga org lain demi kepentingan mereka.ingtkan selesai majlis,selesai la keje aku,tp ........

3) Aku di arahkan pula utk siapkan bilik mesyuarat dengan memasang white screen berserta dengan projektor (buat tapak),sedangkan itu semua keje kontraktor.Aku plak kene organise cari kontraktor,alhmdulillah dpt la cr kontraktor besi..Nak kene siapkan bende tu dalam masa 2 hari,mana terdaya nk pikir,pastu wiring nk kene buat.Xpa aku buat wiring tp sekupang habuk pun aku xdpt modal.Kabel aku punya sendiri,peralatan aku sendiri,tp bl siap bende tu,semua senyum ke telinga.yg penat aku sape pun kata.Jgnkan minum teh,trima kasih pun xdak.Keje yg aku buat tnpa ikhlas dan aku xpuas hati.sbb nk jaga ht jer.

4) Pentadbiran tempat keje aku jd semakin serabut..selepas di ambil alih oleh peg lain.Keje aku yg sepattnya dah ditmbh tolak..Yg bukan keje aku pun aku kene buat,yg keje sendiri xselesai,nk kene wat keje org lain plak.tp xpe aku dah cuba utk mohon pertukaran ke tempat lain.biar la aku ssh sikit tp sng bekerja.Tekanan keje sekrg bukan dsbbkan oleh keje tp karenah mereka2 yg berkepentingan sendiri dan "kaki bodek".Aku bukan suka melukut di tepi gantang,tp biarlah kene dgn caranya,aku bleh trima.Pendapat kita di tolak mentah2 tnpa sebarang huraian dan sbb.

Apapun sehingga hari ini alhamdulillah , dengan izin Allah aku bleh lg selesaikan masalah tersebut biarpun agak memenatkan. Pada yg diluar sana,bkn senang nk mencari rezeki kerna kita org bawahan,tp keberkatan rezki tersbut hanya Allah yg mengetahui.Setitik peluh negalir ke bumi,seribu keberkatan di dalam rezeki tersbut.

Selasa, 17 November 2009

Projek Wiring Network

Salam...di tengah kesibukan kerja dan kursus yang masih berjalan sehingga 20 Nov ni,kepenatan amatlah dirasai..tp dlm celah tu,aku trima panggilan dari sahabat d snawang memberitahu ttg projek pemasangan AP wifi utk kolej UNITI diluluskan utk fasa pertama.Pemasangan fasa kedua mgkn akan dilakukan sebelum pelajar kembali dr bercuti.
Aku di berikan tugasan utk membuat pendawaian kabel network di aras 2 bangunan pejabat.Berkebetulan pulak adik aku br je bercuti dr UKM,dptla dia tlg aku.Kerja dilakukan pd hr sabtu dan ahad lepas.ikutkan tugas aku selesai pd hr sabtu jer,tp sbb nk check sistem pd hr ahad oleh en nawawi,maka aku smbung kerja aku pd hr ahad.Dlm keadaan hujan,kerja perlu di selesaikan.Alhamdulillah dengan izin Allah,maka kerja diselesaikan dgn sempurna tanpa ada masalah yg besar.Insya allah utk fasa kedua nnt,pasti kerja
akan bertmbh kerna melibatkan bangunan penginapan pelajar lelaki dan perempuan.Syukur aku pada Allah kerna aku mampu melaksanakan tugas aku dgn jynya dgn bantuan sahabat2 yg benar2 membantu..Bukan sahabat masa senang,hilang masa susah..
Inilah hasil kerja yang aku dibantu oleh adik bngsu aku:







Khamis, 12 November 2009

Fikirkan dan Insafi Diri pd Yang ESA

بسم الله الرحمن الرحيم

16.وكم أهلكنا من القرون من بعد نوح. وكفى بربك بزنوب عباده خبيرابصيرا

yg bermaksud:Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya. (16) Dan berapa banyak umat-umat yang kami telah binasakan sesudah zaman Nabi Nuh; dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui lagi melihat akan dosa-dosa hambaNya.

+Ketika berada dirumah,sedang berbual dengan adik aku ttg hal m'sia kini,hal ulama bertelagah, berbeza pendapat,politik kotor,rasuah dsbnya..adik aku menceritakan ttg khutbah jumaat di masjid UKM yg menyentuh ttg ayat diatas dan maksudnya di surah al isra ayat 16.Surah tersebut adalah surah ke 17 dlm al Quran.Maksud tafsir ini bertepatan dengan kejadian gempa bumi di Padang yg berlaku pd jam 17:16 waktu indonesia dan 5.16 ptg waktu m'sia.Kita ketahui bhwa byk ulama tersohor lahir di indonesia

بسم الله الرحمن الرحيم

58 .وان من قرية الا نحن مهلكوها قبل يو م القيمة أومعذبوها غذاباشديدا.كان ذلك فى الكتب مسطورا
Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab seksa yang berat; yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab (Luh Mahfuz). (58)

Maksud tafsir ini bertepatan dengan kejadian gempa bumi ke dua yg berlaku pd jam 17:58 waktu indonesia dan 5.58 ptg waktu m'sia.

Adakah kamu (sesudah diselamatkan ke darat) merasa aman (dan tidak memikirkan), bahawa Allah akan menggempakan sebahagian dari daratan itu menimbus kamu atau dia akan menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; kemudian kamu tidak beroleh sesiapapun yang menjadi pelindung kamu?(67)
(77) Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang Subuh sesungguhnya sembahyang Subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya). (78) Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. (79) Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku, (80) Dan katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam) dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap. (81) Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (82) Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur) dan apabila dia merasai kesusahan, jadilah dia berputus asa.

semoga kita sama2 mengambil iktibar dan menginsafi diri dari segala perbuatan yang keji yang mengingkari perintahNya..yang pasti Allah akan mendatangkan Bala Bencana bagi setiap kemungkaran yang dilakukan.Marilah kita menyeru kepada semua sahabat seislam agar seiring dalam menjalankan kewajipan sebagai seorang Islam yang sejati.Setiap yang hidup akan merasai MATI. Gunakanlah segala ciptaan teknologi moden untuk kebaikan bukannya utk kemaksiatan.Tinggalkanlah segala dosa2 kering yg kita lakukan spt porno,forum berunsur kemaksiatan dan yg sewaktu dengannya.Janganlah menjadi seorg yg MUNAFIK yg mengikuti tingkah laku kaum kafir.Jgn terpedaya dgn janji serta cara hidup kafir..Tinggalkan mengikut nafsu,ambillah pengikut iman.

وسالام


Rabu, 14 Oktober 2009

ekomuniti.biz panel iklan

salam syawal buat smua ...
suasana raya msh trasa wlaupun deepavali hampir menjelma..bg kakitgn krajaan,gaji dah pun trima.alhamdulillah..DUN N31 Bagan Pinang dah pun berjaya dtakluk oleh BN..Kjadian gempa n tsunami menginsafkan kita bahwa dunia tlah hampir ke penghujung..sedar2 lah diri..
Rezeki ttp di cari,akhirat dilupa jgn..untuk pengetahuan smua,ekomuniti merupakan satu perkhidmatan online yg menawarkan peluang pengiklanan online utk meningkatkan taraf ekonomi serta sosial dgn program iklan dan affiliate terlatest bg bumiputra.Ia dtawarkan dan di iklankan dgn promosi terbaik.Skrg bermcm iklan didlm talian yg kita tgk..bermcm produk yg ada, dari yg kg hingga ke bandaraya.Ramai planggan yg inginkan produk dbeli dgn cara mudah tnpa perlu berssh payah..Anda bleh iklankan sebarang produk yg anda buat,bisnes yg anda ada, serta anda ingin menjual hartanah,kenderaan, spare part dsbagainya,asalkan tidak melanggar undang2 negara.Tawaran Panel iklan pada harga RM 100 selama seTahun adalh yg termurah dgn kadar sebulan RM 8.Anda boleh menukar sebarang iklan setiap hari,terpulang pd keinginan anda.ANDA boleh menambah pendapatan dengan menyebarkan maklumat ekomuniti,dan sekiranya rakan,teman saudara anda mengikuti prgram ini, maka anda akan mendapat komisen sebyk RM9 sehingga level 5 dan dimsukkan trus ke akaun anda setiap minggu.Anda juga boleh menjadi agen Setempat dgn Yuran sebyk rm2000 + panel iklan rm100.Setiap agen iklan yg baru menyertai ekomuniti di bwh laluan anda,maka anda akan mendapat rm 3 tanpa limit dan rm9 sehingga level 5.maklumat lanjut boleh hubungi saya di talian 012-9684278.sistem terbaik untuk pelajar kolej,university,guru,pesara,peniaga, pemborong dan mereka yg inginkan produk2 berkualiti dipsarkan...Sebarang kejayaan terletak di tangan anda,anda mampu memikirkan baik atau buruk sesuatu urusniaga yg anda ingin ceburi.kejayaan tidak mengejar anda tp anda harus ber alternatif mengejar kejayaan.Ber landaskan usaha,yakin ,ingin maju dan islamik..wallahuaklam..wassalam

Ahad, 4 Oktober 2009

salam aidilfitri di syawal mulia

salam idulfitri buat semua..
alhamdulillah ramadhan berlabuh , syawal menjelma..dlm gembira ada duka.. berduka ramadhan telah berlalu dan tahun hadapan muncul semula,gembira kerana syawal menghadirkan keindahan n silaturrahim semakin mengeratkan ukhuwah sesama muslim..jgn lupa pd yg tiada..stiap kali syawal menjelma , ingatan sy masih pd arwah ayah..tidak merasa nikmat kemaafan dr arwah ayah..cuma menghadiahkan al-fatihah pd arwah ayah..tapi beraya bersama mak menghilangkan sdkit perasaan hiba pd arwah ayah.. bersama2 dgn ahli keluarga yg lain..menziarahi saudara yg telah lama tidak berjumpa..alangkah gembiranya....dapt juga makan kuih pilihan hati( putu beras n putu kacang) sampai puas..walaupun byk kuih moden yg dilonggok di pasar ramadhan..sampai siap lelong lg..tp semua tu xpenting..ala kadar dah memadai utk sambutan raya..pd yg ada mak ayah sedara mara..restu mak ayah dipohon agar tidak terpesong niat di hati..walaupun syawal selama sebulan tp xsemestinya sambutan sampai sebulan..perjuangan ke jalan allah masih lg jauh..bkn sambutan duniawi di cari .. tp kesyukuran yg di cari..

Jumaat, 4 September 2009

Alhamdulillah..aku redha ujian bulan mulia

dengan permulaan bismillah .. aku memanjatkan syukur dan redha dgn kehendak darimu ya ALLAH..Aku terima ujian darimu dgn hati yg tenang wlaupun perasaan geram dan sakit hati tp aku terpaksa menghadapinya...Apa perasaan anda sekiranya anda di amanahkan menjaga harta hak milik org lain,tp hilang dari jagaan anda?? maknanya benda yg di amanahkan pd anda di curi.. semestinya anda akan merasa satu tekanan yg maha hebat tmbhan plak di bulan mulia ini..marah,sedih,tertekan, kecewa dan dipandang serong oleh sesetengah sahabat anda,pastinya anda dikatakan tidak amanah.Inilah situasi yg terjadi pd aku..aku di amanahkan menjaga 1 laptop dan 7 projektor kepunyaan kerajaan.Laptop dan 1 projektor portable telah hilang dari jagaan aku wlaupun peralatan tersebut disimpan ditempatnya.Yg mencurigakan, tiada kesan ceroboh dan tiada kesan kekasaran pd pintu dan almari simpanan.Repot telah di buat tp polis pun merasa curiga kerana tiada sebarang kesan kopakan.Maka aku mula di pandang negatif kerana aku seorg yg memegang kunci bilik tersebut. Tetapi aku sedaya upaya membuktikan bahawa aku tidak bersalah..aku di mklmkan oleh staf yg lain bagaimana cara utk membuka pintu wlaupun tnpa kunci.Perkara ini dilakukan oleh mereka yg berpengalaman dlm kerja2 sebegini.Inilah jenis manusia yg paling hina yg berpaksikan dgn nama islam..jelas diwjah mereka akan ciri2 munafik yg sudah tentu mereka miliki..dahla xberpuasa,mencuri dan mnyusahkan org lain demi kepentingan mereka.Apa tindakan anda sekiranya terjadi pd anda?Bg pandangan anda di dlam chat room.Sekiranya kes ini tdak dpt dselesaikan,aku akan menanggung risiko membayar balik invois peralatan tersebut yg dianggarkan hampir kepada rm 8k..tp aku menerima kejadian ini sebgai ujian dari Yg Maha Esa. Aku bersolat hajat memohon perlindungan dariNya,dan yg pastinya nanti,aku memohon agar ditunjukkan padaku siapa manusia munafik ini.Dgn meminta bantuan dari sahabat2 yg boleh membantu,sdara maraku yg berkebolehan,insya allah ..Seandainya kita di pihak yg benar,pasti Allah akan sentiasa bersama di sisi kita.Dgn tekad keyakinan itulah aku akan hadapi situasi ini tnpa keluar dr paksi islam.Segala jnis iktiar akan aku cuba..

Selasa, 18 Ogos 2009

SELAMAT HARI LAHIR MAK.......

SALAM....SELAMAT HARI LAHIR MAK.....SEMOGA ALLAH CUCURI RAHMAT BUATMU MAK...KAMI SENTIASA MENDOAKAN MAK..DI MURAHKAN REZEKI,DI PANJANGKAN USIA UTK MELIHAT ANAK2 MAK BERJAYA,DI BERIKAN KESABARAN SERTA KEKUATAN SEPERTI SITI KHADIJAH,DI KURNIA KAN KEJITUAN DIRI SEPERTI SUMAYYAH, 63 TAHUN MAK MELIHAT KEJAYAAN DAN KEBAHGIAAN ANAK2 MAK WLAUPUN PELBAGAI RINTANGAN YG MENDTG,MAK HADIRKAN KESABARAN YANG KUAT DLM DIRI MAK WLAUPUN BERADA DALAM KEHIDUPAN YG SSH,NAMUN ITU BKN HALANGAN UTK MAK MENGHADAPI UJIAN YG MAHA KUAT YG TELAH ALLAH KURNIAKAN PD MAK , ITULAH GELARAN IBU YG XAKAN DIMILIKI OLEH INSAN LAIN.UJIAN DEMI UJIAN MAK TEMPUHI,TNPA RASA MENGELUH,TNPA RASA SSH,TNPA RASA TERSEKSA,TAPI DGN PENUH RASA MERENDAH DIRI PD ALLAH...ITULAH ILMU YG MAK BERIKAN PD KAMI ANAK2 MAK..TIADA IBU YG SEPERTI MAK BG DIRI KAMI..SANGGUP MENJAGA KAMI 7 BERADIK DGN SABAR..WALAUPUN DIHINA TP MAK TTP TENANG MENDIDIK KAMI..WALAUPUN TERPAKSA BERPINDAH RANDAH,MAK TTP MEMBESARKAN KAMI DGN REDHA,DI TAMBAH PULA SEMENJAK KEHILANGAN AYAH,MAK LAH YG MENJADI AYAH PD KAMI..KEKUATAN MAK CUKUP HEBAT DI UJI..SETIAP MASALAH MAK TEMPIS DGN SYUKUR KPD ALLAH..WLAUPUN MAK MENANGIS,TP KAMI XPERNAH MENGETAHUI SEMUA ITU,MAK RAHSIAKAN SEGALA KESUSAHAN MAK DEMI ANAK2 MAK..MAK TANGGUNG SEGALANYA TNPA PENGETAHUAN KAMI..MAK....KAMI AKAN SENTIASA MENYAYANGI MAK SELAGI HAYAT DI KANDUNG BADAN.. "KASIHNYA AYAH MEMBAWA KE MATI,KASIH KAN IBU MEMBAWA KE SYURGA".BIARLAH BERPUTIH MATA DR HIDUP BERPUTIH TULANG.BIARLAH BERPISAH KASIH DARI BERPISAH DGN MAK....KAMI AKAN SENTIASA MENDOAKAN MAK SEPANJANG USIA,KAMI AKAN MENJAGA MAK SELAGI MAK MEMERLUKAN...SEPERTI MANA YG MAK TUNJUKKAN PADA KAMI BAGAIMANA MAK MENJAGA ARWAH TOK DAN WAN,MACAM TU JUGALAH AKAN ADIK LAKUKAN PD MAK...SEKIRANYA ARWAH AYAH MASIH ADA,TENTUNYA ADIK AKAN LAKUKAN YG TERBAIK TP ALLAH MAHA MENGETAHUI SEJAUH MANA IKHLASNYA MAK PD AYAH,TOK DAN JUGA ARWAH WAN..TIADA GANTI GALANGNYA MAK DGN INSAN LAIN..MAK MENDOAKAN KESEJAHTERAAN KAMI,BIARPUN DLM KESUSAHAN.AKU BERTERIMA KASIH PADA MAK KERNA TELAH MENGAJAR AKU ERTI SABAR DAN YAKIN WALAUPUN KEKADANG AKU MELUKAKAN HATI SEORANG MAK..KERANA MAK JUGA LAH..KAMI ADIK-BERADIK SALING MENGHORMATI DAN BAHAGIA SEPERTI SEKARANG..KERANA MAK JUGALAH..ABANG SULUNGKU BANYAK BEKORBAN DEMI KAMI ADIK BERADIK..KAMI SALING BERDIKARI,MEMBANTU, BEKERJASAMA WALAUPUN KEKADANG ADA JUGA SALAH DAN SILAP,TP MAK BANYAK MEMBERI INSPIRASI UTK KAMI MENGIMBANGI KEHIDUPAN KINI,MAK JUGA LA TEMPAT BAGI KAMI MELEPASKAN APA YG TERPENDAM..XKAN SAMA MELUAHKAN PERASAAN PD INSAN LAIN SELAIN MAK.... NASIHAT, PETUA, AMALAN, RESEPI, TELADAN, BUDI BAHASA, SEMUANYA MAK TONJOLKAN PADA KAMI."KAMI SAYANG MAK",YA ALLAH YA TUHANKU,PADA ENGKAU LAH KAMI MENADAH KEDUA TANGAN,MEMOHON RAHMATMU,KAU AMPUNKANLAH SEGALA DOSA KEDUA IBU DAN BAPAKU,KAU RAHMATILAH IBU BAPAKU,KAU ANUGERAHKANLAH NUR MU TERHADAP KEDUANYA,KAU LIMPAHI RAHMATMU KE ATAS MEREKA, YA ALLAH, SESUNGGUHNYA TIADA PENGGANTI YG DAPAT MENGGANTIKAN SEGALA KEBAIKAN IBU BAPAKU, KAU PANJATKAN USIA MEREKA UNTUK BERAMAL KEPADAMU YA ALLAH,LIMPAHILAH REZEKI PADA MEREKA,AKU MEMANJATKAN SYUKUR PADAMU YA ALLAH KERANA MENGURNIAKAN SEORANG IBU YG MULIA,SEORANG AYAH YG TABAH MENERIMA SEGALA UJIAN MU..AMIN..AMIN YA RABBAL ALAMIN..AL-FATIHAH BUAT ARWAH AYAHKU YG KU KENANG SEPANJANG USIAKU..KEPADA SAUDARAKU,JANGANLAH GURISKAN HATI SEORANG IBU YG MENDIDIKMU DARI KECIL,KERANA PASTINYA KAMU JUGA AKAN MENERIMA BALASAN YG SAMA DARI ANAKMU,TATANGLAH IBU SEUMPAMA MINYAK YG PENUH,BKN MENCURAH DI DAUN KELADI..KELAK PASTI KAMU AKAN MERASA SEPERTI APA YG KAMU LAKUKAN PD KEDUA IBU BAPAMU..

Rabu, 12 Ogos 2009

dah 16 kali....


kembali ke blog setelah menyepi .. busy sgt ngan qeja yg bertimbun,akhirnya selesai gak ngan jayanya...kelmarin 12 ogos o9,setelah hampir setahun 6 bulan aku menyimpan hasrat,akhirnya aku berjaya juga untuk menderma darah buat kali ke 16 di Avillion Hotel Port Dickson.Alangkah gembiranya kerna kesekian lamanya aku mencari di manakah kempen derma darah akan dilakukan di PD..kat hspital PD ada gak,tp leceh sikit sbb kena ikut masa staff kat spital.Sedangkan aku bekerja..xada kesempatan utk derma darah,tp apabila kempen sebigini diadakan,masa utk pergi ke kempen tersebut agak panjang iaitu dari jam 9 pg sehingga 4 ptg.mmg ramai juga la, no giliran aku 0157 ( bermakna aku yg ke 157) tapi dlm ramai2 tu,aku sorang jer yg dah pernah derma lebih dari 10 kali,yang lain semuanya di bwh 10 kali.dpt pengiktirafan dari pengurus Avillion Hotel(bangga gak la). Kat Avillion mmg best,itu kali pertama aku jejak kaki ke hotel tu.Nanti bl ada kelapangan n modal lebih aku ingt nk menginap kat sana.Bilik di atas air (terapung).kolam renang dlm laut,tpt makan atas air,gigi air.Kira mmg berbaloi dgn harga dia n rate 5*****. Aku ingin menderma darah aku sehingga lebih dr 41 kali.Itu azam aku,dan aku masih mempunyai 25 kali lg pluang utk menderma.maknanya setahun 4 kali,so aku ada masa lbh kurang 7 tahun lg utk menderma,insya allah kalu Allah panjangkan usia aku,maka sempatla aku menderma darah sehingga 41 kali ke atas.Nk derma wang ringgit,harta pun aku xla sesenang org berada.Maka aku mampu mendermakan darah aku shj utk membantu mereka yg memerlukan.Bukan nya sakit derma darah wlaupun jarum tu nmpk besar.Tp selepas menderma,badan kita akan terasa ringan, selesa, dan puas..cubala utk menderma darah kepada mereka yg blum menderma.. nescaya anda akan merasa seronok utk mencuba kali berikutnya..cuma mengambil masa selama 10 - 15 minit jer.darah yg di ambil pula cuma 450 ml @ 1 pain shj.xbyk la.

Ahad, 2 Ogos 2009

sambungan kenangan..

SYUKUR DAN TERIMA KETENTUAN DARINYA ADALAH IBADAT SEBAHAGIAN DARI RUKUN IMAN....SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH..ALLAHUAKBAR!!!
salam..selama sebln aku bercuti.mcm2 perkara aku lakukan di kg.tp ingatan pd ayah ketika itu msh kuat..
aku bersama mak dan adik2,aku mencari sesiapa yg ada arwah berhutang tp alhamdulillah,seperti kt pepatah"benih yg baik di buang ke laut menjadi pulau,di buang ke darat menjadi bukit"..faham2 la kan..
rupanya bkn kami sekeluarga yg bersedih,masyarakat sekeliling pun ada yg turut sama merasai kehilangan arwah..wlaupun arwah bkn dikenali sbg org yg alim,yg berada,tp sumbangan arwah pd masyarakatlah yg menjadikan arwah amat dikenali di kg tersebut..stiap kali ramadhan arwah akan berada di masjid sehingga selesai ramadhan..di kg,stiap kali ramadhan ada majlis Mooreh,arwah menjadi tkang masak..kenduri kendara pun arwah dikenali sbg tkang masak kenduri.kelebihan yg ada pd arwah sehingga kini tiada pengganti..aku pernah menjadi terkenal 1 ketika dl semasa bersama arwah..mengutip getah beku yg telah di gunikan,kemudian di bw ke kedai getah beku.Bermotorkan kapcai honda 70cc,aku dikenali sbg bdk scrap kerana umur aku ketika itu br 15 thn.semuanya tnjk ajar dr arwah..bygkan guni seberat 100kg,tnpa bantuan sesiapa aku mampu mengangkat utk diletakkan atas motor kapcai..ada petua n crnya..upah aku dpt seguni ketika itu rm5.1 hari aku mampu mendpt rm 100 ke atas..blnja sek aku xpernah aku minta pd arwah..ilmu yg pling bguna utk aku shingga kini.arwah jg yg mendidik aku berdikari.dan kini wlaupun telah 10 thn berlalu,hubungan aku serta kluarga dn masyarakat seumpama saudara,adik beradik.malah ada yg lebih baik dari saudara sendiri.selepas kematian arwah,kami sekeluarga kembali ke Penang utk mengurangkan rasa rindu kenangan di sana.lagipun di penang,mak menjaga arwah tok n wan ketika itu yg telah uzur..sesekali kami akan balik ke kg halaman arwah utk membersihkan tanah n pokok kayu yg arwah telah tanam utk ank2nya spt durian,petai,manggis,kelapa serta pokok dokong n laici.dan kini,abg aku yg kedua menghuni rumah peninggalan tersebut.kami adik beradik termasuk mak akan berhimpun di rumah tersebut..kenduri adik aku yg perempuan jg di adakan di rumah tersebut..sekiranya arwah masih ada..alangkah gembira dan bahagianya hidup ini,ttp smua itu qada n qadar ALLAH..kita merancang,tp Dia menentukan..nantikan sinambungan perjalanan penghidupan kini tnpa arwah..

Jumaat, 24 Julai 2009

ingatan..kenangan

Pada Julai 1999,ketika aku dlm perjalanan menuju ke Brunei D.Salam melalui jalan laut utk tujuan penghantaran generator sea games Brunei,aku terpksa meninggalkan ayahku di kg yang ketika itu sedang bertarung dgn penyakit misteri. Ayahku di jaga oleh mak dan abangku.Tetapi aku sempat bercuti utk menjaga ayah selama seminggu di Hosp.Baling.Makan dan Minum,mandikan ayah...semua itu berada di lipatan sanubariku.Kenangan itu xakan muncul kembali.Ketika berada di Brunei pada 18 Julai,aku baru saja menjejakkan kaki di tanah air Brunei.. Mmg indah sekali dan ketenangan terasa apabila berada di dlm masjid besar Brunei (aku xingt nm masjid dia).Keesokan hari aku telah di kejutkan oleh satu berita yg di sampaikan oleh bos aku..katanya" sy harap awk bersabar dan dengar apa yg saya nk katakan,kita akan kembali ke Labuan pd ptg ni juga,awk akan di hantar pulang dgn penerbangan MAS pd awal pg besok. Semua urusan telah di lakukan oleh pihak di Labuan". Aku terkedu dan bertanya kenapa aku di hantar pulang sdgkan kerja di Labuan blum selesai. "Atas sbb kebajikan,kita terpksa menghantar awak pulang,sekiranya awk ingin pulang". Masih menjadi persoalan,kenapa?aku blum puas berada di Brunei.Dgn penuh kesedihan dan kesayuan,bos aku menghulurkan tgnnya dan meminta aku agar jgn terkejut mendgr berita drnya."kita telah menerima 1 berita bahawa ayah awak telah kembali ke rahmatullah.Berita ini di sampaikan oleh abang awak di Pulau Pinang".Tanpa bersuara aku terjelepuk terduduk,hanya tangisan dan esakan yg kedengaran.Aku hampir pitam,mujur bos aku membantu.Suasana dlm bilik bos menjadi sayu.Aku terus terlupa ttg Brunei.Ingatan aku hnya pd ayah..Aku menangis semahunya di depan bos...Hilang sgala kudrat aku utk menghadapi semua ini.ttp Allah sygkan ayah lebih dr aku..Aku redha akan kehilangan ayah.Selama seminggu aku menjaga ayah,ayah byk berbicara ttg kehidupan..tp ayah pergi jua tnpa aku di sisinya.Kami bertolak ke Labuan pd ptg itu juga,aku berlepas dr Labuan dgn MAS pd pg 20 Jul.Abg aku memberitahu, jenazah ayah akan di kebumikan selepas kepulangan aku.Jangkaan aku,aku akan sempat menatap wjh ayah utk kali terakhir.Tp kehendak Allah Maha Mengetahui,setibanya aku di KLIA,aku di beritakan bahawa penerbangan ke Utara pd jam 1330H.Ketika itu jam br pukul 1030H.Jadi aku terpaksa menunggu slama 3jam.Dgn hiba aku menghubungi dan memberitahu abg aku.Dia memaklmkan pdku,jenazah ayah akan di kebumikan selepas solat dzuhur.Aku menangis semahunya di KLIA tanpa aku peduli siapa di sekeliling aku.Rupanya kesedihan aku telah menarik minat seorg gadis yg senasib dgnku.Tp jenazah ayahnya akan di kebumikan pd sebelah ptg.Sekali lg aku redha dgn ketentuan Allah.Penerbangan jam 1330H telah tiba,penuh dgn kesedihan aku pulang ke utara tp tidak berkesempatan menatap hiba wjh ayah..sampai di kpala batas,2 org anggota yg ditugaskan menyambut aku telah menunggu.Dgn menaiki pacuan 4roda,berdezup kami di atas highway.Perjalanan memakan masa hampir 1 1/2 jam.cukup laju.... ....sampai di rumah hanya ada mak,abg dan adik2ku, sedara mara.tp ayah???sekali lg aku menangis semahunya dlm pelukan mak tnpa aku pedulikan siapa mereka..aku rebah di pelukan mak.semangat aku trus hilang. Hanya aku kenangkan wajah ayah yg rapat dgnku.Itu lah takdir Allah..Semasa hayat mmg rapat dgnku,kemana sj ayah pergi aku pasti akan ikut.Walaupun 'merempat' ke Kedah mncari rezki pasti aku akan bersama.Byk aku pelajari dr ayah.Menoreh gtah,bersawah,menukang rumah,mencari pucuk kayu,mencari ikan,semuanya aku blajar dr ayah..semua yg ayah ajar melalui kesusahan dlm hidup,bkn kesenangan..sehingga ptg br aku sedar dan menerima,Ayah xkan kembali..trus aku ke kuburan ayah tnpa di temani sesiapa.Aku menghadiahkan bacaan Yasin pd ayah..sehingga hmpir maghrib,br aku kembali kerumah yg hampir 400mtr dr tanah kuburan.Jenazah ayah di semadikan di kg ekor kucing, Pdg Serai.Di rumah abg ayah yg aku pnggil 'Wa'.Hubungan yg ckup rpat,akrab, mesra.Keesokannya aku menerima panggilan dr pejabat bahwa aku diberikan cuti selama sebulan 10 hari.'Cukup lama'.Dan ahad lepas, genaplah 10 tahun arwah ayah meninggalkan aku serta mak dan seluruh keluarga aku.Tp perasaan dan kenangan ayah bersama aku sepanjang hayat aku.seperti baru semlm ayah pergi...Al-fatihah buat arwah ayah.. smbungan kenangan akan dtg...

Selasa, 21 Julai 2009

Alahai...


salam.....
hmpir seminggu rsnya x edit blog.. bz boleh tahan gak la.. mcm2 masalah aku tempuhi..nek penin gak la pala nk layan settle masalah ni..tp setiap masalah ada jln selesainya..semua tu di atas tatacara sendiri nak atasi..kerna setiap mslah jika xdpt di atasi,maka sebab tu la skrg ni ramai mengambil jln pintas..hmmmm bunuh diri. Yg paling mendapat liputan kes bunuh diri Teoh, sampai hari ni xselesai lg.. masing2 asyik slhkan pihak 2 yg bertanggungjawab. Tp yg mengetahui kejadian tu hanya Teoh dan tentunya Allah Maha Mengetahui. Kita sekadar mengandaikan sj.. wallahuaklam.. Aku dapat berita dari adik aku di kg..adik laki aku xciden tp alhamdulillah Allah masih melindunginya..dia sekadar di jahit di bibir..motor dia 'membelah' pintu kereta yg di naiki seorg perempuan anak mami..Nak masuk simpang tp xbg signal kiri..pas2 main terjah jer belok xtngok cermin..adik aku ngan member dia masih lg diLindungi..Motor habis hancus dr depan. Di kabarkan anak mami tersebut ingin membiayai segala kerosakan tersebut. Alhamdulillah .. selesai masalah..kedua dlm minggu yg sama, kereta aku di Sg Buloh..di kabarkan bahwa kancil aku yg baru amik awal tahun lalu telah xciden juga.. tapi bkn slh pemandu.. ketika di trafik light.. sebuah lori cuba membelok memasuki simpang.. xlepas nak masuk smpang agakmya,'buntot' lori tersebut menghentam pintu depan kiri, sekali ngan side mirror abis hancur.. penjaga kereta aku d sg buloh memaklumkan segala pembaikan melalui insuran kereta aku..terpksa la aku wat claim insuran .. tp alhamdulillah bakal selesai dgn selamat.. ketiga di minggu sama juga,kereta kesayangan aku plak buat hal.. dia mendgar desas-desus aku nak tukarkan dia dgn kereta lain di EoN,kan dpt deposit rm5k,aku ingt nk change 2 car la..cdgnya nak amik Exora..ramai sikit leh naik,mgkn merajuk agaknya..trus dia nek angin, ketika di kedai tayar,aku menggantikan tayar belakang trus wat alligment, cina yg nk test alligment on road terpksa menolak keta aku,kata cina tu minyak keta abis,musykil aku sbb minyak full tank aku isi,bw keta 1 lg,try tukar bateri..idup. Tp bl cbut jer bateri tu trus senyap. Trus aku suspek alternator aku 'out'.Tp kesian kat cina tu terpksa menolak keta aku ms test on road..fuh!! malu gak la aku.trus aku katakan pd diri aku dan keta aku bahwa aku xakan mnjual dia sampai la uzur.terpaksa aku kluarkan budget rm2xx juga la gntikan alternator.Bl da ganti ,timbul lak masalah len,belting lak xngam..terpaksa gnti belting baru.Tp alhamdulillah aku berjaya mengatasi mslh tersbut wlaupun budget utk wat benda len,tp terpksa berkorban utk dia..kerna mulut modal tergadai..wat ever pun..stiap mslah ada penyeselesaian..Cuma perlukan ketenangan,cara berfikir, cara atasi,pengorbanan,pendapat,keyakinan.Insya Allah ingt bhwa Allah sentiasa bersama2,DOA amat perlu utk settlekan masalah kerna Allah tdak pernah menolak setiap umat yg berdoa meminta pertolonganNya malah sentiasa Gembira kerna umat masih mengingatiNya.Dia yg membuat keputusan..Amin..

Rabu, 15 Julai 2009

ingatkah kita??

بِسمِ الله ِالرحمنِ الرحِم
سالم بواة موسلِمِن دان موسلِمات..
ساي مُوهٌون مااف كِيراڽا توليسان سايا ادا سديكيت ساله دان سيلف. داه لاما راساڽا تاك مَنوليس دالم توليسان جاوي.سباڠاي سَورانڠ مُوسليم ، تَرڠراك هاتي سايا اونتوك تاتافكان فَنوليسان جاوي. سَمَستيڽا كيتا فَرلو مَڠَتاحوي دان مَمباچ جاوي. بِيارفون دونيا سَكارڠ لَبِيه كَفد باحاسا ماة ساليح.ادالاه امات روڠي باڠيِ سساورڠ اناك موسلِم تيداق مَڠَتاهوي اكان تولِسان جاوي.كَرانا سكِراڽا كيِتا تاك تاهو جاوي،افا اكان جادي دَڠن القوُران؟ كِتا باڽاك بَربيچارا تتڠ حاديس، سبدا راسول،حوكوم اڠاما، تافي كِتا لوفا تتڠ جاوي. سكيراڽ كيتا منڠابايكان جاوي ، ماكا ڠَنراسي اكان داتڠ فاستي لوفا سكيراڽ تيدڤ ديبيمبيڠ.كَران ايت جوڠاله، ماساله سوسيال انك٢ مودا سكاراڠ ديتاهاف يڠ باهايا.ماريله كيت فيكيركن دان رنوڠكان مڠافا اين سموا ترجادي؟؟؟ ايبو بافا سكادر مڠهانتر انك٢ كسكوله، تتافي مريك سنديري لوفا دان ابايكان توڠاس مريك ديرومه.كرنا افا ؟؟ كرنا ترلالو مڠجار حارتا دونيا دان واڠ ريڠڠيت.منچاري كمِيواهان دونيا..انك٢ مراساكن ديريڽ تراباي.تيدق كنل القورٰن. جاڠن ديسالهكن فد انك٢،تافي سالهكن ديري كيتا سبڠاي ايبو دان بافا.مريكا حاڽ سكفينڠ كاين فوتيه، كيتا يڠ منچوراقكن كاين ترسبوت. كاسيه سايڠ دان مانجا فد انك٢ بيارله برفادا٢.بيكن مڠيكوت سڠالا كهنداق مريكا.كاجيان داري جباتان اڠاما اسلام اداله ٤٠٪ اناك٢ مودا سكراڠ تيدق بوليه ممباچ جاوي.اداكه كيت حاڽ ممفو اونتوك مڠهارافكان اينسان لاين منديديك ڠنراسي كيت؟ ساي برهنتي داهولو دي سيني..نانتيكان سمبوڠن اكان دتڠ..وامسلام.

Jumaat, 3 Julai 2009

Jangan Malu Cari Rezeki


Salam...
"jangan malu cari rezeki"..mak penah berpesan :kalu nak cari makan,bia halal wlaupun susah..belajar bg pandai,nnt senang cari rezeki.Jgan sombong dgn org.. Itu la pesanan mak pada saya.. Memang xdinafikan pendapatan hasil kerja tetap yg dterima stiap bulan(makan gaji) mmg xmncukupi utk menampung hidup dengan situasi zaman sekarang. Kos myk,brg makan, keperluan anak2 serta pelbagai lg yg menghantui stiap org yg berpendapatan sederhana. Apatah lg kehidupan sbg seorg plajar yg terpaksa bergantung pd kluarga,pinjaman. Sbb demikianlah maka byk terjadi gadis yg menjual diri semata2 utk meringankan beban kluarga.Mengambil jln mudah utk menampung hidup.JUAL dadah,JUAL diri,JUDI ekor,MENCURI,SAMUN dal pelbagai lg.Utk apa semua itu??Kerna kurangnya IMAN dan KUATNYA syaitan kuasai diri,semua ini terjadi semata2 utk HIDUP!!!! Ini merupakan jln penyelesaian yg mudah..(kerja sambilan) tp menyalahi undang2 serta mengundang BAHAYA. Byak perkara yg perlu dipertimbangkan dan dikorban kan jika ingin mnambah pndapatan @ kerja sambilan baik bg pekerja sederhana,pelajar,suri rumah.
1) - TAMBAH PENDAPATAN- dgn kerja sambilan yg dlakukan akan menmbah pndapatan kuarga serta mampu utk mencari keperluan lain yang diperlukan.HP,Kereta,Motosikal,Komputer dsbnya lg.semua itu adalah hasil dr kerja smbilan yg dilakukan. Kerja sambilan jg mampu memberi pngalaman baru dan mengetahui mcmmana susahnya ibu ayah kita mencari rezeki utk membsarkan kita serta membentuk keyakinan dlm diri utk trus maju.
2)- Berdikari - Kerja sambilan ini bergantung kpd diri sendri smaada mau @ tidak. Jgn memaksa diri utk melakukan sesuatu yg mendatangkan msalah..Pikir dgn teliti seblm mengambil kputusan .
3)- Lakukan selagi HALAL - Rezeki yang halal akan mendapat BARAKAH serta nikmat atas hasil rezeki tersebut dpt dirasai. Wlaupun terpksa berpeluh,tebal muka,untung yang kecil,upah yg sedikit ttp selagi HALAL,alhamdulillah diberkati ALLAH..
4)- Perlu berkorban - Byk yg perlu dikorban utk membuat kerja smbilan, Masa bersama anak isteri, masa bercuti, rehat, belajar. Tenaga yang dkeluarkan, Modal permulaan, perjalanan, risiko, dsbnya. Ramai yg gagal kerna pengorbanan yg dikluarkan tidak 100% dlm membuat PART-TIME.Oleh sbb terlalu TAKSUB dan PERCAYA tanpa usul periksa utk mencari lebihan wang,maka ramai yg terkandas."Hangat2 Tahi Ayam".
5)- Buang Rasa Malu- Sekiranya perasaan MALU terlalu tebal dlm diri,pastinya kejayaan tiada mendekati. SeHarusnya kita mengikis perasaan malu utk mencari rezeki halal.Wlaupun kerja tersebut pencuci hotel,penjual kasut pasar mlm,peniaga air bulan puasa,pemotong rumput,pembuat rumah(kontrak),penghantar surat,penjual TOPUP, dsbnya ttp sematkan dlm diri hasil yg diperolehi adalah HALAL..
6)- Keyakinan Diri- Amat penting! jikalau yakin diri tiada,sebarang kerja tidak menjadi.semestinya YAKIN dan USAHA, fikirikan dan tekadkan "aku mampu melakukan demi keluarga dan masa depan ku" wallahuaklam.

Selasa, 30 Jun 2009

Logo WEB Prepaid4u.Net




Salam..buat semua, Prepaid4u.net telah berwajah baru melalui penukaran Logo websitenya oleh En.Adi Jaafar (Founderp4), Setelah hampir 2 tahun saya berada dalam bisnes ini,Alhamdulillah..xada lagi perkara yang mencurigakan berlaku..malah dari 1 masa ke 1 masa,sistem yang sedia ada sentiasadi 'Upgrade'kan oleh tenaga kerja MyEcash..serta di bantu oleh cabang2 Founder yang lain termasukla Founder p4.Dan sehingga kini (hari ni),MyEcash telah bekerjasama dengan CIMB serta MBB.Proses untuk menambah nilai akaun MyEcash dapat dilaksanakan dengan mudah melalui sistem E-Bank Maybank2u(klik utk tgk) serta Cimbcliks (klik utk tgk).Dan akan datang, ahli boleh menambah nilai melalui sistem E-Bank (Bank Islam).Semua yang dilakukan adalah utk kemudahan ahli2 seluruh malaysia.Yg penting adalah Usaha serta Keyakinan dan ditambah pula dengan suntikan modal yang kecil.(saya sertakan gambar event terkini).Saya lebih cenderung utk berkongsi pendapat dengan sahabat semua..pengguna telefon di malaysia lebih berminat menggunakan talian Prepaid kerana lebih mudah dan x memeningkan kepala.Secara peribadi saya berpendapat bahawa, penggunaan prepaid dan hp menjadi kewajipan bagi setiap orang (baik yang masih dalam alam persekolahan serta pelajar IPTA),mereka yang bekerja baik gomen @ swasta,suri rumah,boleh dikatakan semua lapisan masyarakat.Oleh sebab demikian,saya menjadikan MyeCash sebagai satu kemudahan bagi saya untuk tambah nilai di samping menjual kepada rakan2 dan ahli keluarga.Selama ini jugalah saya tidak pernah menjejakkan kaki ke kedai dan kiosk utk menambah nilai prepaid.Semua itu dilakukan melalui hp sendiri dan saya hanya berurusan dengan maybank dan cimb.Dengan hanya bermodalkan rm65,sehingga kini rebat yg saya perolehi melebihi nilai modal yang dikeluarkan.Apa yang saya dapat kiranya saya beli di kedai??Cuma tambah nilai yg dikehendaki sahaja yang dapat,tapi melalui MyeCash,saya mendapat rebat dan tambah nilai walaupun rebat itu hanya beberapa sen shj.Cuba kita bayangkan berapa byk rebat yang kedai @ kiosk dapat hanya dgn menjual topup??Mereka mengeluarkan modal yg agak besar utk menjalankan bisnes topup serta menjual peralatan telefon.Keuntungan yang mereka peroleh mmg berbaloi tp modal utk membuka sebuah kedai memerlukan masa yg agak pjg utk cover modal.Tapi,kita lebih suka ke kedai kerana hanya mengeluarkan modal rm10 utk topup.7 hari rm10,cuba kita kira dlm sebulan berapa kita keluarkan utk topup?Dlm setahun berapa nilai rm utk topup shj.Mmg ada 7eleven (24jam buka)tp adakah di setiap kwsan mempunyai 7eleven?Sekiranya ada 'urgent case' di waktu tgh malam,mana kita nk cari topup?Terpaksa membuang masa utk kluar mencari kdai menjual topup.Tp kita xpernah pikirkan akan masalah yang bakal menimpa.Dlam kajian ada menyatakan..minda kita lebih berfungsi kepada beberapa perkara sekiranya kita di aju soalan seperti berikut oleh penaja@penjual dan jawapan kita kepada penaja @ penjual:
S:-Anda ingin menambah pendapatan?
J:-bisnes MLM ker ni?Skim cepat Kaya ker?Kene cari orang ker?
S:-Anda ingin mendapat 4 angka sebulan?
J:-Boleh dapat ker?Besar modal tu..
S:-Modal kecik tp mampu capai.
J:-Ye ker ni.xkan modal kecil boleh dpt 4 angka..
S:-Ada modal rmxxxx?
J:-Ada,tp leh caya ker?
S:-Penah dgr nama sipulan sipulan ni?dia da pakai kete besar da..
J:-Penah,huii ptt la bergaya sgt dia..
S:-Anda berminat?
J:-Leh gak try tengok..
Akhirnya setelah di buat perbincangan dan dipersetujui,syarikat yang menjalankan bisnes tersebut adalah skim cepat kaya berkonsep baharu..Melepas,wang dilabur rmxxxx tp modal pn xdpt balik,yg dapat HAMPEH jer.. Minda kita dikuasai oleh pemikiran yang negatif setelah kita gagal dan ditipu oleh dalang2 yang mengaut keuntungan,oleh sebab demikian maka kita sentiasa berprasangka buruk terhadap segala jenis perniagaan yang berkonsepkan MLM @ yang sewaktu dengannya.Apabila perkara ini berlaku kita seolah2 fobia untuk mencuba kerana minda negatif kita terlalu kuat untuk berkata TIDAK!! Pengalaman saya selama hampir 18 tahun,saya gagal sebyk 10 MLM yang saya pernah Join, semua nya mempunyai masalah2 tertentu.Dah berpuluh ribu habis,jangka hayat lak xpanjang,Tp atas sebab minat dan ingin mencuba,maka saya tekadkan dalam diri,MyEcash berkonsep M-Commerce yg menjual produk prepaid adalah yang terakhir saya akan Join, klu gagal saya lebih rela wat kerja yang memenatkan dari menceburi bidang mcm ni.. utk tambah pendapatan. Alhamdulillah... saya memanjatkan syukur kepadaNya .. apabila tekad saya letakkan dalam diri, yang terakhir saya ikuti menjadi.. dengan tempoh hampir 2 tahun dalam Mymode/Myecash.. saya mendapat kemudahan, menambah pendapatan,menambah sahabat & rakan. Walaupun agak mendatar kerna lebih kepada penggunaan sendiri, tp saya merasakan untuk waktu jangka panjang, bisnes ini xakan berkubur seperti raja prepaid @ yang sewaktu dgnnya. Kata org lama:"biarlah bermula seperti bayi,lama2 akan dewasa juga, biarlah mengikut rasmi padi, lama2 makin berisi".Janganlah kita terlalu taksub utk mencapai kekayaan,kerna itulah akibat yang kita terpaksa telan.Kita memberi ruang kepada org yg ingin mengaut keuntungan akibat dari ketaksuban dan kebodohan yang kita sendiri ciptakan dan tonjolkan.Rasanya da terlalu panjang saya huraikan,marilah kita sama2 berfikir dan bermuhasabah diri agar di berikan petunjuk utk kita mencari keredhaan serta kejayaan..Kita umpama roda,xselalu di atas,maka pandanglah ke bawah kiranya berada di atas,dan dongaklah ke atas bila kita berada di bawah.. renungkanlah, wallahuaklam .... ..... .... ... ...salam

Isnin, 29 Jun 2009

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM...


SALAM BUAT SEMUA ....
Alhamdulillah..Buat pertama kalinya dalam sejarah hidup .Setelah melayari zaman cyber,baru kini saya dapat meng'create' blog sendiri,itu pun setelah di bantu oleh adik sendiri yang mahir dalam penciptaan blog..Wlaupun blog ini agak ringkas dan tidak seperti lain2 blog yang canggih..tapi saya bersyukur kerana dpt juga mencipta blog sendiri (maklumlah buta IT sikit).Dengan adanya blog ini,saya merasakan diri saya seolah2 seorang pelajar IT yang sedang mempelajari teknik zaman cyber.
Segala apa yang terpendam akan saya luahkan dalam blog ini. kecuali yang melibatkan hak2 peribadi, umum yang melampau, fitnah, umpatan, menjatuhkan maruah individu tertentu, serta perkara yang bercanggah dengan hak2 seorang muslim.

ANDA ADALAH PENGUNJUNG YANG KE

Pengikut