HalamanTAKAR


TAKAR-DIADAPTASIKAN DARI TABUNG KELUARGA ANAK-ANAK ROZIAH DAN DI ASASKAN OLEH ALLAHYARHAM HASSAN NORDIN

I made this widget at MyFlashFetish.com.

"KEHIDUPAN HAKIKI ADALAH SELEPAS MATI"

Tidak ada sesuatu makhluk pun di dunia ini yang mampu untuk melawan kehendak Penciptanya,dan tidak ada yang akan mampu menembusi 7 petala langit dan bumi.Maka yang demikian janganlah semasa hidup ini kita cuba melawan takdir tersebut.Gunakanlah kehidupan dunia dengan sepenuh kesyukuran terhadap Pencipta yang Maha Agung. Janganlah kita seakan mencuba untuk menongkat langit dan menggali bumi kerana semua itu adalah dari yang Hak..renungkan kalendar dan bertafakurlah barang sesaat cuma..

Modal Kecil,Bonus B'terusan&Lebih kepada Kemudahan

Modal Kecil,Bonus B'terusan&Lebih kepada Kemudahan
KLIK JE

Selasa, 27 April 2010

Wiring Network di Jemaah Islah Malaysia

Alhamdulillah, selesai sudah kerja2 wiring network Wifi untuk Jemaah Islah Malaysia di taman Melawati. Kerja2 bermula pada hari sabtu dan abis pada hari Ahad malam. Selepas siap di uji, 90% tiada masalah,cuma menunggu kelulusan pembayaran sahaja. Aku bersama adik aku dan member tempat kerja aku bertolak ke Melawati pada hari Jumaat lepas solat, sampai kat sana sekitar pukul 7, jumpa dengan en Hazwan (salah seorg staf J.I.M). Selesai di beri keterangan, kami bertolak ke Hotel Smile di 2/27A wangsa maju. Kira agak selesa juga walaupun agak sempit, maklumla hotel budget. Ada sistem Wifi. Pada malam tu kami kuar ke shah alam berjumpa dengan sedara aku di Bukit Jlutong. Kami gerak ke klang ( ke Gagasan Soffour). Gagasan Soffour adalah satu syarikat yang menjalankan bisnes networking yang dikenali Dana ehsan. Kami di beri aklimat mengenai sistem ini dan agak menarik juga kerana misi dana ehsan adalah utk melahirkan jutawan bumiputra sebanyak yang mungkin.Di asaskan oleh bumiputra sepenuhnya dan peluang ini hanya utk bumiputra shj. Aku dah join pada awal april lagi. Abis taklimat, kami ke seksyen 11 kemudian trus balik ke hotel jam 12.30.Tido.....Kami mula kerja pada pukul 9.30 hari sabtu, nampak agak mudah tapi mencabar kerana nak kena wiring dari 2nd floor ke 3rd floor, 2nd floor ke 1st floor, 2nd floor ke ground floor ( 2 nd floor adalah Main point). selesai kerja wiring, dah hampir lewat petang. Aku mcm biasa, selesaikan kerja2 di 2 nd floor je. Pasang server rack, replace, dressing, tally dan documentation cable. Utk kerja2 test sistem di ambil oleh en Imran iaitu projek manager.Selesai utk kerja hari sabtu pada jam 9 malam. Adik aku yang kat kolompo (wat keje kat Bank negara pun datang sama membantu). Selesai makan malam kat Mamak restran, balik hotel nak tido, badan letih bleh tahan gak la, adik aku bawa mai PS 2 dia plak, layan Ps2 sampai kul 3 pg,br tido.... sambung keje hari ahad start pukul 10 pagi...tp dah x byk keje da.. wat dressing n repair network sikit, pasang AP stiap floor, dalam erea tgh hari br siap.. berenti rehat kat restran hilmi, jmpa ngan sedara aku, bincang plak pasai bisnes myIman yg di asaskan oleh en ramli dr ulu s'gor. produk dia agak menarik juga (buku eletronik bahasa arab,tajwid) utk anak2 blajar..(org tua pun bleh gak)..Harga pun xmahal (rm99) dan sistem Infinity network bg sapa2 yg berminat nak wat sale. Pukul 2 br smbung keje smla, siap dlm erea kul 8 gak la..At last, br en imran wat network test ..sejam juga la kami tunggu dia siap network test, selesai ja trus g makan n gerak balik ke PD, aku masuk ke UKM dl antar adik aku. Sampai PD dlm kul 12 mlm gak...kat sini adala gambar yg di ambil lepas siap keje2 wiring. Klu ada sapa2 berminat nak tanya lebih detail mengenai DANA EHSAN & BUKU ELEKTRONIK & WIRING bleh hubungi aku..sekian wassalam

Isnin, 29 Mac 2010

RUMAH BERASASKAN TAQWA DISUKAI MALAIKAT

Salam kembali dan salam 1malaysia..
Seminggu yang lepas,adalah minggu yang agak kelam kabut sedikit dengan pelbagai hal,dengan kerja,xtvt sukan,part time dan lain-lain hal.Tv kat rumah plak buat hal,asyik terpadam je.naik tension pun ada.Nak tengok sukan pun xbleh..bila dah tv rosak,kene la beli baru,dah order tp tggu punya tggu sampai hr ni pun blum sampai lg,lgla aku tension..bl dok kat umah,kepala memikirkan pelbagai hal.apa yang terlintas semua aku pikirkan,nk upgrade rumah la,keta la,bisnes la.fuhhhh stress juga la.Tp sempat gak aku memikirkan sesuatu yg bleh memberikan manfaat buat semua.aku terbaca 1 artikel mengenai rumah.:
Dlm islam,besar @ kecil rumah itu bukanlah ukuran untuk menilai penghuninya kuat amalan kepada Allah @ sebaliknya.Rumah bkn sekadar berlindung dari panas dan hujan,tetapi tempat utk beribadat kepada Allah selain masjid @ surau. seharusnya rumah tersebut adalah bersih,suci,terhindar dari sebarang maksiat,dijagai oleh isteri yg solehah,suami yg bertanggungjawab, sentiasa disukai oleh malaikat rahmat.Siapa Malaikat rahmat?sebagai seorang muslim dan muslimah semestinya kita mengetahui siapa malaikat rahmat..
"segala puji bg Allah yg menciptakan langit dan bumi, yg menjadikan malaikat utusan - utusan yg bersayap dua,tiga @ empat. Dia menambah pada bentuk kejadian makhluk yg diciptakanNya apa jua yg dikehendakiNya,sesungguhnya Allah amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu" :surah Fathir, ayat 1.
1 asas yg membolehkan rumah org islam disukai malaikat rahmat (nikmat dan anugerah),ialah rumah yg BERSIH,dipenuhi dgn alunan ZIKIR,meriah dgn bacaan ayat suci Al-QURAN,menjalani kehidupan harian secara ISLAM dan dlm lingkungan sunnah NABI,makan minum yg halal serta tidak membazir,dan yg paling penting penghuni menjadikan rumah sebagai tempat RUKUK dan SUJUD membesarkan ALLAH yg Maha Besar, Maha Agung,Maha Perkasa dan Maha Berkuasa di atas segalanya.Rumah tersebut adalah ciri-ciri rumah yg sentiasa dlm perhubungan dgn Allah sekali gus menjadikan rumah itu dikasihi Allah dan Cahaya Muhammad S.A.W.Dalam Surah At-Taubah ayat 112 bermaksud: "mereka adalah org2 yg bertaubat,beribadat,yg memuji Allah,yg mengembara utk menuntut ilmu islam),yg rukuk,sujud,menyuruh berbuat kebaikan,dan melarang kpd kejahatan,menjaga batas2 hukum Allah.Dan gembirakanlah org2 yg beriman(yg bersifat demikian).Rumah yg dibina berasaskan ketaqwaan kpd Allah juga akan mendpt kunjungan serta disukai malaikat rahmat.Nescaya penghuninya akan mendpt ketenangan,tenteram,sejahtera serta berkasih syg dlm bhgia.
Memadailah jika hidup secara sederhana ttp bersih dan suci,elok dpandang mata,mngikut kemampuan kerana sifat demikian aadalah ciri2 akhlak mulia.Allah amat menyukai kpd kesucian dan kebersihan.Lain2 rumah yg disukai malaikat rahmat sekali gus menolak dr dimasuki syaitan adalah berpenghuni isteri solehah,bersilaturahim,tidak bid'ah,bersifat benar dan memenuhi janji,berniat ikhlas serta pemaaf,tidak meyimpan dendam,baik terhadap ibu bapa,menyimpan rahsia, merendah diri dan bersyukur,serta tdak menerima perkara keji.Apapun yg penting rumah org muslim wajib disinari oleh alunan Al-Quran dan dterangi dgn zikrullah serta penghuninya wajib menghiasi dan perbaiki diri dengan mempelajari syariat ALLAH. :"Nurhidayah petunjuk ALLAH itu bersinar dgn nyata terutama sekali,di rumah2 inadat yg dperintahkan oleh ALLAH supaya dimuliakan keadaanya dan diperingatkan nama ALLAH padanya,di situ juga dkerjakan ibadat menyuci dan memuji ALLAH pada waktu pagi dan petang". Surah AN-Nur :36

Insya Allah sama-sama kita mngambil iktibar serta perbaiki kelemahan yg sentiasa kita ada demi mendapat pahal serta kemuliaan disisi ALLAH..wallahuaklam..

Khamis, 18 Mac 2010

RELEASE TENSION LEPAS COURSE




JOHAN 50 METER GAYA BEBAS


SAMPAI KE PENAMAT


SEIRING KE PENAMAT


JOHAN BERKUMPULAN

Alhamdulillah..saat yg amat penat ketika menguruskan perjalanan kursus 'Senior Mission Leader' akhirnyaberbaloi juga apabila diberi masa utk melepaskan tension secara bersantai dan diraikan dalam majlis makan malam anjuran PLPM.Semua ini adalah atas kejayaan melaksanakan kursus yg berprestij serta yg terkanan dlm ATM.Dengan kemudahan yg serba baru serta keperluan yg terhad tetapi mendapat kepujian di seluruh negara yg menghadiri kurusu ini.Kursus yg pertama kali diadakan di Malaysia,dipilih dari seluruh negara rantau Asia. Segala usaha dan penat kami berbaloi juga kerana mendapat penghargaan dari UN.2 hari dapat "step down" iaitu cuti tnpa rekod.Dapatla aku balik kg jumpa mak n sedara kat sana sesambil tgk rumah aku yg dah siap di Merbok.Lepas je balik dr cuti,xtvt bersukan diadakan .. acara renang sebagai pembukaan sukan PLPM.Aku berjaya mendapat tpt pertama dlm acara individu bebas 50 meter.Xsangka la pula,wlaupun dah bertahun xberenang,namun masih mampu menjuarai acara tersebut.Bg acara berpasukan,pasukan latih berjaya merangkul gelaran juara mengalahkan pasukan Tadbir.Syabas Latih!!Tahun ini mungkin kita akan menjadi johan keseluruhan.

Khamis, 11 Februari 2010

al-sabru minal iman









salam kembali kepada semua pemblog malaysia..salam 1malaysia. Agak lama x mengupdate blog usang ini..kerna terlalu sibuk dengan perjalanan kursus Senior Mission Leader International yang melibatkan 55 negara di bawah panji UN/PBB. Kepenatan amat jelas terbayang memandangkan aku terpaksa bekerja dr awal pg hingga ke mlm.Melayan karenah participant dr 55 negara.Serta paling penat melayan kehendak Secriteriat dia seramai 5 org.Kehendak mereka berbeza kerna masing2 org atasan UN dr India,Itali,Filipina,Denmark dan UK.Aku yg xpandai berbahasa inggeris pun terpksa cakap Hentam ja....asal faham.Selama 2 minggu kursus ini berlangsung di PLPM dan ini merupakan kursus pertama yg diadakan di Asia. Malaysia adalah negara pertama.Dan aku adalah staff yg paling busy sampai xterkejar kesana kemari.. Masalah komputer,air,letrik semua di bwh tugas aku.Tension mmg tension tp kerna kerjaya n tanggungjawab serta amanah,terpksa la aku bersabar wlaupun hati amat sakit..Untuk menghilangkan sakit hati serta tension ,aku curi juga masa tuk pergi memancing.Dengan memancing aku bleh memperkuatkan tahap kesabaran aku untuk menghadapi ctuasi SML. Alhamdulillah akhirnya selesai juga kursus dengan jayanya dan mendpt pengiktirafan dari UN/PBB. Semua staff PLPM yg terbabit secara langsung di berikan sijil penghargaan yg mana aku rasakan amat bermakna dan berbangga sekali wlaupun sijil tersebut amat simple.X semua org akan mendapat sijil tersebut.Yg penting Tanda tangan pd sijil itu adalah dari Org paling kanan di UN Mission.Dan...setelah selesai semuanya..staff diraikan pada 1 majlis makan malam yg dianjurkan oleh Komandan PLPM bermula dari jam 8 sampai ke 12.30 mlm.Diiringi oleh Gelombang Biru Band .. karaoke diadakan untuk menghilangkan stress semua staff.Alhamdulillah aku amat bersyukur pada Allah kerana memberikan aku kesabaran yang teramat sangat.Aku jenis yg xcukup sabar..aku mudah memberontak dan suka menyelesaikan sesuatu perkara tanpa perlu berlengah.Bagi menghadapi kehidupan mendatang yg amat mencabar,aku perlu memaksimumkan tahap kesabaran aku spt mana insan yg paling aku sayangi (mak aku) serta abg sulong aku.wallahuaklam.

Isnin, 25 Januari 2010

KEPUASAN ..

Bismillahirahmanirrahim..... salam 1Malaysia...
jumpa lg sahabat2 blogger smua..Terlebih dahulu marilah kita sama2 menyedekahkan Al-Fatihah di atas kemangkatan almarhum Sultan Iskandar,sultan Johor serta mereka yg kembali ke rahmatullah antaranya bekas KPN negara,Tan Sri mohd Sidek,bekas MDNegeri,Tun Ghazali Shafei,anak ADUN Sg Tiang,serta mereka yg kembali menemui Maha Pencipta.Dan..yg pasti kita akan turut sama ke Sana cuma kita belum mengetahui akan masa kita..Sesungguhnya amal makruh yg kita buat,ank2 yg soleh serta kebajikan kita yg akan turut membantu , Insya Allah..

Pada hari sabtu yg lepas,aku bersama 2 lg kawan pergi menjalankan xtvt yg biasa iaitu memnacing di lombong tgl berhmpiran kwsan perumahan dimana lombong dkwsan tersebut ckup luas serta sayup mata memandang.Hampir 10 lombong tgl yg mana pd firasat aku mmg ckup dalam..Apatah lg penghuni di lombong itu yg rsnya di huni oleh bermcm lapisan jnis.Kami terlebih dhulu cuba bermain dgn haruan berumpankan katak.Sj nk test pikup..Bermula dr jam 8 kami di sn,masing2 dgn joran serta kelengkapan.Permainan casting dimulakan.Kwsn tersebut dipenuhi oleh pokok teratai serta kiambang yg menjadi tpt penghuni dasar berlindung dr panas matahari.Hampir ke pukul 10 kami mencasting,belum 1 pun penghuni yg mahu menjamah umpan.Setelah asyik bertukar tempat,akhirnya seekor ikan haruan bersaiz hampir 4 kilo berjaya dijinakkan.Lenturan rod menunjukkan bahawa haruan tersebt berminat utk melawan,tp permainan tdk dpt di truskan memandangkan kwsn yg berteratai.Sampai saja ke tebing,tusssssss.........tali pancing terputus dan mata kail trus menjadi lurus..nasib baik juga sempat menangkap haruan tersebut.klu x....melepas la..
Setelah selesai bergambar,aku menukar tempat n arah,br je 3 kali balingan,akhirnya umpan aku berjaya juga menarik minat haruan bersaiz 700 gram.bleh tahan juga power.. Kami berangkat ke lombong yg lain setelah puas hati dgn kejayan menaikkan haruan. Permainan dgn toman pula akan di cuba,berumpankan anak keli..teknik pelampung kami gunakan,mungkin dah tgh hari,jd toman semua turun ke dasar agaknya..Dgn hampa,kami berangkat balik sebelum zuhur.Pada sebelah ptg aku kembali lg utk bermain dgn toman.Jam 4 aku bersama dgn joran pemberian adik aku dan berumpankan anak keli serta katak,aku mencuba nasib.Hampir ke pukul 6,aku berjaya menaikkan se ekor toman bersaiz 700 gram di kwsn yg penuh dgn pokok kiambang.Alhamdulillah aku merasa amat puas dgn hasil yg aku dpt pd hari tu,...Bersesuaian dgn pengalihan hobi aku,hobi yg amat aku xminat,kini telah memberikan sesuatu yg menggembirakan serta membuatkan aku amat teruja utk memancing.Nescaya aku akan terus memenuhi hobi ini selain dpt gak makan ikan air tawr. kpd mereka anak2 muda,dr membuang masa melepak,merempit,main dam aji,membohsia bohjan,lebih baik dekatkan diri dgn berfaedah..memancing..dpt juga menambah rezeki, mengenali habitat ciptaan Allah,mengkagumi keindahan pemberian Allah serta menikmati saujana alam di tepian tasik yg mendamaikan..marilah kita sama2 bersyukur...

Jumaat, 15 Januari 2010

Alihkan hobi n luangkan masa

salam hijriah n salam 1 malaysia..
Semalam adalah hari Keputeraan Negeri 9,maka seluruh rakyat Negeri 9 bercuti sempena menyambut hari keputeraan beliau..jadi aku n kawan2 sekerja meluangkan masa cuti tersbut dengan pergi memancing di Machap Umboo..(kwsn tasik yg agak luas n byk di hiasi dengan pokok teratai).lagipun aku nk test gak set pancing yg adik aku bagi kat aku.Kami btolak ke sana dr tempat keje aku pd jam 0800 pg.Singgah makan di pasir pjg,trus melalui jln masjid tanah ke alor gajah,sampai di alor gajah kami truskan perjalanan ke machap Umboo dan sampai di sana pd jam 1030.Sempat la g beli umpan ank2 keli n katak.Lepas tu trus kami ke lokasi memancing yg nmpk tenang tp xtau apa isi di dlmnya..Lepas park keta di bwh pokok sawit,masing2 sibuk merambut pencing n menyediakn kelengkapan..Kwsn tersebut kurag dikenali oleh org luar kerna agak tersorok dan kawasan tersebut berkependudukan masyarakat cina.Jadi utk kami membeli bekalan makanan agak sukar juga.Jadi terpksalah tahan lapar.cuma air minum je yg di bawa. Starting balingan berumpankan anak keli oleh cpo wan..Nmpak agak menarik tp mgkn di sebabkan tengah hari,pemangsa tidak berkehendakkan umpan.Kwsn tersebut melalui cerita byk didiami oleh Toman,Rohu,Patin serta talapia.Bagi aku,aku ingin mencuba nasib dengan toman..kerna sekali umpan dimakan,layanan serta perlawanan toman agak menarik.Itula cabaran. aku mencuba teknik casting rapala katak..tp angin yg bertiup melawan arus,menghalang balingan aku utk sampai ketengah.hampir sejam aku mencuba,rasa kecewa mula menular ke stiap sendi..Si suzaily pula mencuba casting dengan umpan katak..nmpknya ada juga tindakbalas dr pemangsa yg bermain dgn umpan tersebut. Hmpir 1/2 jam,akhirnya pemangsa hilang sabar,maka di sentapnya umpan katak tersebut.Toman yg beratnya hampir 500g pun terlekat di mata kail. Selama 3 jam kami bermain,akhirnya kami mengubah kedudukan kke tempat yg agak terbuka tnpa pokok teratai..teknik baling n biar berumpan keli di gunakan.Mmg ada pemangsa yg teruja tp xlekat di kail.mgkn bkn rezeki.Ketika asyik melayan tetiba.............
sekumpulan anak toman bermain2 dimuka air sampai ke gigi air,apalagi jala selebar 12 kaki di labuhkan,anak toman sebesar ibu jari kaki mengena..tp xla byk sgt..kami kembali brsemangat mencuba teknik casting rapala n ikan keli...tp bkn rezeki..dan di tmbh plak umpan yg nak kehabisan..terpaksa la kami beransur .. kami terus ke kedai utk membeli umpan keli dan katak, tp bkn ke tempat yg td.kami alihkan tempat ke 1 tasik yg len.Sehingga pukul 7,kami akhirnya mengalah dan berkemas.kul 1915 kami bertolak balik ke PD.Tp kenangan kat sana mmg benar2 memuaskan hati aku.Kami bercadang akan kembali ke sana pd 2 minggu akan dtg utk tido 1 mlm di tasik tersebut..Mungkin akan rezeki kami dpt naikkan toman,rohu @ patin.Dengan badan letih,balik je rumah trus lena...sok nak kena keja keras tuk melayan karenah dari 55 participant dr 55 negara yg akan menjalani kursus SML (senior mission leader) sampai 29 Jan. Insyaallah kerja keras penuh sabar adalah asas utk berjaya...Moga kita akan bersama mencipta gemilang.

Ahad, 10 Januari 2010

Fasa 2 selesai..

Salam ukhuwah dan salam semalaysia.Alhamdulillah syukur dan rahmat ke atas Yg Maha Esa kerna diberikan hidayah dan inayahnya untuk aku melalui tahun 2010 samada onak duri,dugaan dan cabaran @ perjalanan mudah,sempurna dan selamat.itu semua adalah dengan kehendakNya. Syukur juga aku kerna telah selesai dengan lancarnya kerja2 Fasa 2 pemasangan sistem Wifi di kolej Uniti Pasir Panjang. Projek Fasa 2 ini mengalami kelewatan disebabkan oleh masalah Kolej tersebut.Tarikh dijangka mula projek adalah pada pertengahan bulan Dis,sebelum kemasukan pelajar baru,tp disebabkan oleh beberapa masalah,maka projek ini ditangguhkan dan alhamdulillah siap di lakukan pada hari sabtu (9 Jan 2010).Fasa 2 ni melibatkan bangunan kediaman pelajar lelaki dan wanita. Proses wiring di tingkat 2 bangunan lelaki agak sukar kerana terpaksa melalui siling bumbung dan memakan masa yang agak panjang selama 3 jam lebih. Dengan bantuan skylift yg di sewa,kerja2 menjadi sempurna dan selamat.Pemasangan kedua di tingkat 3 bangunan penginapan wanita agak mudah kerna kerja2 wiring menggunakan paip conduit terus ke Db tingkat.Tempoh masa selama hampir 2 jam saja digunakan.Selesai saja kerja wiring,En.Nawawi selaku ketua projek mencuba sistem tersebut samada dpt berfuungsi @ tidak.Ternyata ada sedikit masalah tp berkaitan dengan signal wifi.Kemungkinan kerja2 pembaikan tersebut akan di lakukan pd minggu depan setelah en Nawawi berhubung dgn pihak vendor. Aku diberitahu ada 2 lagi fasa akan dilakukan pada masa depan melibatkan bangunan 5 tingkat wanita serta bangunan resort. Itulah di katakan rezeki,akhirnya projek dpt dilaksanakan dgn sempurna, berdoa dan bekerja dengan amal serta ikhlas maka yang pasti kejayaan akan hadir.setiap kejayaan memerlukan pengorbanan.Setiap pengorbanan memerlukan kesabaran serta bermohon pada Allah akan keberkatan rezeki yang akan kita cari.renungkanlah....................

ANDA ADALAH PENGUNJUNG YANG KE

Pengikut