HalamanTAKAR


TAKAR-DIADAPTASIKAN DARI TABUNG KELUARGA ANAK-ANAK ROZIAH DAN DI ASASKAN OLEH ALLAHYARHAM HASSAN NORDIN

I made this widget at MyFlashFetish.com.

"KEHIDUPAN HAKIKI ADALAH SELEPAS MATI"

Tidak ada sesuatu makhluk pun di dunia ini yang mampu untuk melawan kehendak Penciptanya,dan tidak ada yang akan mampu menembusi 7 petala langit dan bumi.Maka yang demikian janganlah semasa hidup ini kita cuba melawan takdir tersebut.Gunakanlah kehidupan dunia dengan sepenuh kesyukuran terhadap Pencipta yang Maha Agung. Janganlah kita seakan mencuba untuk menongkat langit dan menggali bumi kerana semua itu adalah dari yang Hak..renungkan kalendar dan bertafakurlah barang sesaat cuma..

Modal Kecil,Bonus B'terusan&Lebih kepada Kemudahan

Modal Kecil,Bonus B'terusan&Lebih kepada Kemudahan
KLIK JE

Ahad, 10 Januari 2010

Fasa 2 selesai..

Salam ukhuwah dan salam semalaysia.Alhamdulillah syukur dan rahmat ke atas Yg Maha Esa kerna diberikan hidayah dan inayahnya untuk aku melalui tahun 2010 samada onak duri,dugaan dan cabaran @ perjalanan mudah,sempurna dan selamat.itu semua adalah dengan kehendakNya. Syukur juga aku kerna telah selesai dengan lancarnya kerja2 Fasa 2 pemasangan sistem Wifi di kolej Uniti Pasir Panjang. Projek Fasa 2 ini mengalami kelewatan disebabkan oleh masalah Kolej tersebut.Tarikh dijangka mula projek adalah pada pertengahan bulan Dis,sebelum kemasukan pelajar baru,tp disebabkan oleh beberapa masalah,maka projek ini ditangguhkan dan alhamdulillah siap di lakukan pada hari sabtu (9 Jan 2010).Fasa 2 ni melibatkan bangunan kediaman pelajar lelaki dan wanita. Proses wiring di tingkat 2 bangunan lelaki agak sukar kerana terpaksa melalui siling bumbung dan memakan masa yang agak panjang selama 3 jam lebih. Dengan bantuan skylift yg di sewa,kerja2 menjadi sempurna dan selamat.Pemasangan kedua di tingkat 3 bangunan penginapan wanita agak mudah kerna kerja2 wiring menggunakan paip conduit terus ke Db tingkat.Tempoh masa selama hampir 2 jam saja digunakan.Selesai saja kerja wiring,En.Nawawi selaku ketua projek mencuba sistem tersebut samada dpt berfuungsi @ tidak.Ternyata ada sedikit masalah tp berkaitan dengan signal wifi.Kemungkinan kerja2 pembaikan tersebut akan di lakukan pd minggu depan setelah en Nawawi berhubung dgn pihak vendor. Aku diberitahu ada 2 lagi fasa akan dilakukan pada masa depan melibatkan bangunan 5 tingkat wanita serta bangunan resort. Itulah di katakan rezeki,akhirnya projek dpt dilaksanakan dgn sempurna, berdoa dan bekerja dengan amal serta ikhlas maka yang pasti kejayaan akan hadir.setiap kejayaan memerlukan pengorbanan.Setiap pengorbanan memerlukan kesabaran serta bermohon pada Allah akan keberkatan rezeki yang akan kita cari.renungkanlah....................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANDA ADALAH PENGUNJUNG YANG KE

Pengikut