HalamanTAKAR


TAKAR-DIADAPTASIKAN DARI TABUNG KELUARGA ANAK-ANAK ROZIAH DAN DI ASASKAN OLEH ALLAHYARHAM HASSAN NORDIN

I made this widget at MyFlashFetish.com.

"KEHIDUPAN HAKIKI ADALAH SELEPAS MATI"

Tidak ada sesuatu makhluk pun di dunia ini yang mampu untuk melawan kehendak Penciptanya,dan tidak ada yang akan mampu menembusi 7 petala langit dan bumi.Maka yang demikian janganlah semasa hidup ini kita cuba melawan takdir tersebut.Gunakanlah kehidupan dunia dengan sepenuh kesyukuran terhadap Pencipta yang Maha Agung. Janganlah kita seakan mencuba untuk menongkat langit dan menggali bumi kerana semua itu adalah dari yang Hak..renungkan kalendar dan bertafakurlah barang sesaat cuma..

Modal Kecil,Bonus B'terusan&Lebih kepada Kemudahan

Modal Kecil,Bonus B'terusan&Lebih kepada Kemudahan
KLIK JE
Terdapat ralat dalam alat ini

Selasa, 17 November 2009

Projek Wiring Network

Salam...di tengah kesibukan kerja dan kursus yang masih berjalan sehingga 20 Nov ni,kepenatan amatlah dirasai..tp dlm celah tu,aku trima panggilan dari sahabat d snawang memberitahu ttg projek pemasangan AP wifi utk kolej UNITI diluluskan utk fasa pertama.Pemasangan fasa kedua mgkn akan dilakukan sebelum pelajar kembali dr bercuti.
Aku di berikan tugasan utk membuat pendawaian kabel network di aras 2 bangunan pejabat.Berkebetulan pulak adik aku br je bercuti dr UKM,dptla dia tlg aku.Kerja dilakukan pd hr sabtu dan ahad lepas.ikutkan tugas aku selesai pd hr sabtu jer,tp sbb nk check sistem pd hr ahad oleh en nawawi,maka aku smbung kerja aku pd hr ahad.Dlm keadaan hujan,kerja perlu di selesaikan.Alhamdulillah dengan izin Allah,maka kerja diselesaikan dgn sempurna tanpa ada masalah yg besar.Insya allah utk fasa kedua nnt,pasti kerja
akan bertmbh kerna melibatkan bangunan penginapan pelajar lelaki dan perempuan.Syukur aku pada Allah kerna aku mampu melaksanakan tugas aku dgn jynya dgn bantuan sahabat2 yg benar2 membantu..Bukan sahabat masa senang,hilang masa susah..
Inilah hasil kerja yang aku dibantu oleh adik bngsu aku:







Khamis, 12 November 2009

Fikirkan dan Insafi Diri pd Yang ESA

بسم الله الرحمن الرحيم

16.وكم أهلكنا من القرون من بعد نوح. وكفى بربك بزنوب عباده خبيرابصيرا

yg bermaksud:Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya. (16) Dan berapa banyak umat-umat yang kami telah binasakan sesudah zaman Nabi Nuh; dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui lagi melihat akan dosa-dosa hambaNya.

+Ketika berada dirumah,sedang berbual dengan adik aku ttg hal m'sia kini,hal ulama bertelagah, berbeza pendapat,politik kotor,rasuah dsbnya..adik aku menceritakan ttg khutbah jumaat di masjid UKM yg menyentuh ttg ayat diatas dan maksudnya di surah al isra ayat 16.Surah tersebut adalah surah ke 17 dlm al Quran.Maksud tafsir ini bertepatan dengan kejadian gempa bumi di Padang yg berlaku pd jam 17:16 waktu indonesia dan 5.16 ptg waktu m'sia.Kita ketahui bhwa byk ulama tersohor lahir di indonesia

بسم الله الرحمن الرحيم

58 .وان من قرية الا نحن مهلكوها قبل يو م القيمة أومعذبوها غذاباشديدا.كان ذلك فى الكتب مسطورا
Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab seksa yang berat; yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab (Luh Mahfuz). (58)

Maksud tafsir ini bertepatan dengan kejadian gempa bumi ke dua yg berlaku pd jam 17:58 waktu indonesia dan 5.58 ptg waktu m'sia.

Adakah kamu (sesudah diselamatkan ke darat) merasa aman (dan tidak memikirkan), bahawa Allah akan menggempakan sebahagian dari daratan itu menimbus kamu atau dia akan menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; kemudian kamu tidak beroleh sesiapapun yang menjadi pelindung kamu?(67)
(77) Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang Subuh sesungguhnya sembahyang Subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya). (78) Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. (79) Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku, (80) Dan katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam) dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap. (81) Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (82) Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur) dan apabila dia merasai kesusahan, jadilah dia berputus asa.

semoga kita sama2 mengambil iktibar dan menginsafi diri dari segala perbuatan yang keji yang mengingkari perintahNya..yang pasti Allah akan mendatangkan Bala Bencana bagi setiap kemungkaran yang dilakukan.Marilah kita menyeru kepada semua sahabat seislam agar seiring dalam menjalankan kewajipan sebagai seorang Islam yang sejati.Setiap yang hidup akan merasai MATI. Gunakanlah segala ciptaan teknologi moden untuk kebaikan bukannya utk kemaksiatan.Tinggalkanlah segala dosa2 kering yg kita lakukan spt porno,forum berunsur kemaksiatan dan yg sewaktu dengannya.Janganlah menjadi seorg yg MUNAFIK yg mengikuti tingkah laku kaum kafir.Jgn terpedaya dgn janji serta cara hidup kafir..Tinggalkan mengikut nafsu,ambillah pengikut iman.

وسالام


ANDA ADALAH PENGUNJUNG YANG KE

Pengikut