HalamanTAKAR


TAKAR-DIADAPTASIKAN DARI TABUNG KELUARGA ANAK-ANAK ROZIAH DAN DI ASASKAN OLEH ALLAHYARHAM HASSAN NORDIN

I made this widget at MyFlashFetish.com.

"KEHIDUPAN HAKIKI ADALAH SELEPAS MATI"

Tidak ada sesuatu makhluk pun di dunia ini yang mampu untuk melawan kehendak Penciptanya,dan tidak ada yang akan mampu menembusi 7 petala langit dan bumi.Maka yang demikian janganlah semasa hidup ini kita cuba melawan takdir tersebut.Gunakanlah kehidupan dunia dengan sepenuh kesyukuran terhadap Pencipta yang Maha Agung. Janganlah kita seakan mencuba untuk menongkat langit dan menggali bumi kerana semua itu adalah dari yang Hak..renungkan kalendar dan bertafakurlah barang sesaat cuma..

Modal Kecil,Bonus B'terusan&Lebih kepada Kemudahan

Modal Kecil,Bonus B'terusan&Lebih kepada Kemudahan
KLIK JE

Jumaat, 24 Julai 2009

ingatan..kenangan

Pada Julai 1999,ketika aku dlm perjalanan menuju ke Brunei D.Salam melalui jalan laut utk tujuan penghantaran generator sea games Brunei,aku terpksa meninggalkan ayahku di kg yang ketika itu sedang bertarung dgn penyakit misteri. Ayahku di jaga oleh mak dan abangku.Tetapi aku sempat bercuti utk menjaga ayah selama seminggu di Hosp.Baling.Makan dan Minum,mandikan ayah...semua itu berada di lipatan sanubariku.Kenangan itu xakan muncul kembali.Ketika berada di Brunei pada 18 Julai,aku baru saja menjejakkan kaki di tanah air Brunei.. Mmg indah sekali dan ketenangan terasa apabila berada di dlm masjid besar Brunei (aku xingt nm masjid dia).Keesokan hari aku telah di kejutkan oleh satu berita yg di sampaikan oleh bos aku..katanya" sy harap awk bersabar dan dengar apa yg saya nk katakan,kita akan kembali ke Labuan pd ptg ni juga,awk akan di hantar pulang dgn penerbangan MAS pd awal pg besok. Semua urusan telah di lakukan oleh pihak di Labuan". Aku terkedu dan bertanya kenapa aku di hantar pulang sdgkan kerja di Labuan blum selesai. "Atas sbb kebajikan,kita terpksa menghantar awak pulang,sekiranya awk ingin pulang". Masih menjadi persoalan,kenapa?aku blum puas berada di Brunei.Dgn penuh kesedihan dan kesayuan,bos aku menghulurkan tgnnya dan meminta aku agar jgn terkejut mendgr berita drnya."kita telah menerima 1 berita bahawa ayah awak telah kembali ke rahmatullah.Berita ini di sampaikan oleh abang awak di Pulau Pinang".Tanpa bersuara aku terjelepuk terduduk,hanya tangisan dan esakan yg kedengaran.Aku hampir pitam,mujur bos aku membantu.Suasana dlm bilik bos menjadi sayu.Aku terus terlupa ttg Brunei.Ingatan aku hnya pd ayah..Aku menangis semahunya di depan bos...Hilang sgala kudrat aku utk menghadapi semua ini.ttp Allah sygkan ayah lebih dr aku..Aku redha akan kehilangan ayah.Selama seminggu aku menjaga ayah,ayah byk berbicara ttg kehidupan..tp ayah pergi jua tnpa aku di sisinya.Kami bertolak ke Labuan pd ptg itu juga,aku berlepas dr Labuan dgn MAS pd pg 20 Jul.Abg aku memberitahu, jenazah ayah akan di kebumikan selepas kepulangan aku.Jangkaan aku,aku akan sempat menatap wjh ayah utk kali terakhir.Tp kehendak Allah Maha Mengetahui,setibanya aku di KLIA,aku di beritakan bahawa penerbangan ke Utara pd jam 1330H.Ketika itu jam br pukul 1030H.Jadi aku terpaksa menunggu slama 3jam.Dgn hiba aku menghubungi dan memberitahu abg aku.Dia memaklmkan pdku,jenazah ayah akan di kebumikan selepas solat dzuhur.Aku menangis semahunya di KLIA tanpa aku peduli siapa di sekeliling aku.Rupanya kesedihan aku telah menarik minat seorg gadis yg senasib dgnku.Tp jenazah ayahnya akan di kebumikan pd sebelah ptg.Sekali lg aku redha dgn ketentuan Allah.Penerbangan jam 1330H telah tiba,penuh dgn kesedihan aku pulang ke utara tp tidak berkesempatan menatap hiba wjh ayah..sampai di kpala batas,2 org anggota yg ditugaskan menyambut aku telah menunggu.Dgn menaiki pacuan 4roda,berdezup kami di atas highway.Perjalanan memakan masa hampir 1 1/2 jam.cukup laju.... ....sampai di rumah hanya ada mak,abg dan adik2ku, sedara mara.tp ayah???sekali lg aku menangis semahunya dlm pelukan mak tnpa aku pedulikan siapa mereka..aku rebah di pelukan mak.semangat aku trus hilang. Hanya aku kenangkan wajah ayah yg rapat dgnku.Itu lah takdir Allah..Semasa hayat mmg rapat dgnku,kemana sj ayah pergi aku pasti akan ikut.Walaupun 'merempat' ke Kedah mncari rezki pasti aku akan bersama.Byk aku pelajari dr ayah.Menoreh gtah,bersawah,menukang rumah,mencari pucuk kayu,mencari ikan,semuanya aku blajar dr ayah..semua yg ayah ajar melalui kesusahan dlm hidup,bkn kesenangan..sehingga ptg br aku sedar dan menerima,Ayah xkan kembali..trus aku ke kuburan ayah tnpa di temani sesiapa.Aku menghadiahkan bacaan Yasin pd ayah..sehingga hmpir maghrib,br aku kembali kerumah yg hampir 400mtr dr tanah kuburan.Jenazah ayah di semadikan di kg ekor kucing, Pdg Serai.Di rumah abg ayah yg aku pnggil 'Wa'.Hubungan yg ckup rpat,akrab, mesra.Keesokannya aku menerima panggilan dr pejabat bahwa aku diberikan cuti selama sebulan 10 hari.'Cukup lama'.Dan ahad lepas, genaplah 10 tahun arwah ayah meninggalkan aku serta mak dan seluruh keluarga aku.Tp perasaan dan kenangan ayah bersama aku sepanjang hayat aku.seperti baru semlm ayah pergi...Al-fatihah buat arwah ayah.. smbungan kenangan akan dtg...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANDA ADALAH PENGUNJUNG YANG KE

Pengikut